20 May 2012

bercakap tentang pengalaman, aku dulu dan sekarang


assalamu'alaikum

bercakap tentang pengalaman. aku dulu dan sekarang.
 takkan sama dan di luar jangkaan.

siapa sangka aku sekarang rasenye dah tak se'rock' dulu. mungkin dah hilang nickname 'punkgurlz' tu.

empat tahun lalu, bila masing masing cari hala tuju masing masing. apa yang diingin di masa depan. yang penting orang selalu pesan ' jangan tersalah pilih, takut kecundang'

aku pulak, lebih kepada probability kejayaan. aku letak mase depan ikut haluan yg ditentukan tuhan.
tidak meminta lebih, terima apa yang diberikan.

pernah dulu mempertikaikan. sindir diri sendiri depan kawan kawan.

'aku, yang rock mcm nie nak belajar kat UIA. kelakar gile. macam tak sesuai'

kemudian datang kawan2, beri perangsang aku kira. 

'nanti, jadi ustazah lah zuhaiza'

aku gelak sakan, memang tak boleh terima akal sendiri. tapi hati aminn kan. siapa tahu. :]

susah untuk aku katakan, bukan hati tak rela, tapi lebih kepada redha, aku percaya dengan apa yang Dia tentukan. entah kenape aku tak menentang. aku seolah olah pergadaikan dengan apa yang Dia berikan.

aku percaya suatu hari pasti aku sedar sebabnya,

namu, hati tetap memberontak. menyesal. mempertikaikan.

kenape dulu aku tak ini ini, kenape dulu aku tak mintak bla bla. kenape awal2 aku tak tukar bla bla..

tapi hanya sekadar hati mempertikaikan. tindakan langsung tiada. hanya pendam. pastu hati tenang berkata. pasti ade sebab. sabar...

prinsip 'just go with the flow' yang Dia tentukan aku pegang sampai sekarang.

dan aku tahu, terlalu banyak sebab kenape Dia letakkan aku disini. bukan di Jepun, atau seberang yang lain. yang memerlukan aku jauh dari mereka tersayang.

dan ade sebab kenape aku tak diletakkan aku di universiti lain.

mungkin aku sedikit terlambat menyedarinya, dah banyak peluang aku lepaskan masa. dah banyak masa aku bazirkan. dah banyak dosa aku kumpulkan. sekurang kurangnya, dengan aku berada disini, akhirnya aku sedar semua tu.

aku sedar yang dulu aku pernah, bazirkan masa, banyak kumpulkan dosa. dia yang titipkan rasa itu. 

syukur.

maka, walau ape pun die berikan. terima. tahu kita juga perlu merancang. tapi jika apa yang dirancang dan diinginkan tidak diberikan. bersangka baiklah. Allah pasti ade sesuatu yang lebih baik untuk kamu. mungkin bukan dari segi belajar. tapi benda yang lain. 

Percayalah padaNya.

#dedicated to ALL future mahasiswa dan mahasiswi. 

thanks .


16 May 2012

IIUM Audiology Gathering 2012



button badge. ^^

as many as challenges for that day, as much as the love that we share, two years bukan mase yg pendek. and two yeas more to know all of u.

dah paham dengan perangai dan emosi masing masing.

love this ukhuwah fillah..

15 May 2012

Hearing Screening at Taska Nur Syifa'

Assalamua'alaikum,

this semester, i've take Hearing screening for hearing impaired subject.
makanya, kami perlu organize our first hearing screening dekat taska.

team kami, iaitu team B buat hearing screening atau lebih mesra dipanggil ujian pendengaran di taska Nur Syifa'

ini kira salah satu assessment untuk subject ini, maka dari proposal hingga ke borang2 untuk screening kami yg buat, tetapi di pantau oleh lecturer kami, iaitu sis Azzah, yang kecil molek dan comel ^^

maka 9 May yang lalu, berlangsunglah acaranye, kecik2 je. sebab taska kami tak ramai kanak2, macam taska team satu lagi, sampai 50 org.


banyak jugak kekangan kekangan yg berlaku dr awal pagi lagi. tapi nak buat macam mane benda yang tak boleh nak di elak.

here, are some pictures.










sepatutnye test PTA ini dilakukan dalam booth dalam mobile unit. tp mobile unit tu tyre pancit. maka, jadikan satu bilik taska nie sebab tempat test. tapi tak berape sesuai sebab banyak noise.




nampak tak muke serius saya tu, tapi die org boleh gelak? hehe. mase nie belum test lagi. nak cari screening level je dulu. kalo tets mane bleh ramai2, nanti effect tets lah.

 budak2 kat taska nie pukul 11 samapi 3 die orang rehat, makan tido semua, maka kami tak ade ape2 nak buat, maka kami..






bersuka ria amik gambar kami sendiri hehe


muke asyik berubah je. bile nak maintain entah.. 




bila nak balik, ade 3 orang dah bangun. serius budak2 kat sini sangat comel giloss..
mule2 dtg tgok ya Allah, comelnye mereka, aku nak anak macam mereka.. itulah ape yang ade dalam hati aku. hak3. serius weyh! tak tipu.

oh yea, nak bagi info sikit.
 kira ujian nie nak tahu tahap pendengaran, kira kami ade criteria pass atau fail kami sendiri. depend on ujian jugak. kalau pass ujian tu kira pass lah, kalo fail bukanye kami terus cakap mereka pekak.  tapi mereka akan di refer untuk further evaluation. yelah, takut akan menyebabkan kesan yang lebih buruk mase akan datang.

itulah pentingnya early detection and intervention.

kalo korang ade adik atau anak, bawak mereka pergi hearing test tau!

ok. bye.